
sitiaisyah.husni
5 tahun
Sakit pinggang berterusan
Saya wanita berumur 29tahun.mengalami sakit pinggang hingga tangkap betis sejak 3bulan yang lalu sehingga tahap bangun duduk berjalan serba tak kena kerana menahan sakit…kebelakangan ini pula sakit yang saya alami makin menjadi.sampai tak boleh bangun bila baring telentang dan memerlukan bantuan suami untuk bangun.dah pergi klinik.katanya sakit disebabkan otot.dah pergi xray keputusan ok.pernah jatuh terduduk sewaktu mengandung pertama tahun2017.bagaimana caranya untuk saya atasi sakit ini selain penggunaan ubatan.terima kasih atas jawapan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis - sel lapisan rahim tumbuh di tempat lain dan menyebabkan keradangan
- Fibroid dalam rahim - fibroid boleh berdarah dan membesar sehingga menekan pundi kencing
- Sindrom menstruasi
- Masalah ovari seperti ovari terbelit
- Lower back pain akibat masalah tulang dan saraf
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi pergerakan seharian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini melalui doktor pakar di hospital. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.