
Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang dan bahagian belakang berdenyut
saya wanita berumur 22 tahun mengalami sakit pinggang ,kebas bahagian punggung hampir 2 tahun lebih . saya ada jumpa doktor universiti , tetapi dia hanya cakap yang saya gemuk . tanpa periksa . sekarang , bahagian belakang saya berdenyut dan kebas kaki dan tangan. sepanjang 22 tahun saya tak pernah buat xray apa2 . dulu saya pemain bola jaring dan kerapkali juga jatuh melibatkan bahagian lutut dan punggung . saya juga kerap kali sakit kepala belah kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang.
Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda dan anda telah alaminya selama 2 tahun, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.