
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang dan lenguh kaki
Saya mengalami sakit pinggang di bhgn belakang dan ade ketulan bila diurut.ia juga membuatkan kaki kiri saya lenguh. Waktu bgn tido saya akan mengalami sakit pinggang yg kronik dan sukar utk bgn.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan lenguh kaki.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
Namun terdapat kondisi yang serius yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.