
clarafiona86z
4 tahun
Sakit pinggang dan lutut
Sya berumur 33 tahun,sya mengalami sakit pinggang dan lutut sudah msuk sbulan.tmpat kerja sya skarang lebih kpda bdiri dan bjln.kali terakhir timbang berat bdn sya 79kg.sya nak minta pdpt doktor cara utk mengurangkan sakit pinggang dan lutut sya yg sudah semakin kerap sakit.skian trima ksh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Oleh disebabkan itu, anda dinasihati:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.