
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang dan pening kepala
Saya baru sahaja berumur 18 tahun . Saya sering sakit pinggang ketika bangun dari tidur dan balik dari kelas . Boleh saya tahu kenapa yaa ? Dan bagaimana saya boleh hilangkan sakit pinggang ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan:
- Kekejangan/ketegangan otot pelvis/belakang akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc” jika ada melakukan kerja mengangkat benda berat
- Masalah buah pinggang seperti batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit ataupun kista (cyst) dalam ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.