
Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang dan perut. saya hamil ke?
saya berumur lingkungan 20 an. saya nak tanya saya baru lepas habis period. period saya berhenti pada hari ke 8 dan selepas itu sya bersama dengan suami saya. pada hari ke 11 saya menghidap sakit pinggang yang amat sangat selama beberapa jam dan terdapat darah warna coklat di underwear saya tetapi tidak banyak sangat dan hanya sekali tu sahaja saya kena. sehingga sekarang perut saya kdg2 sakit dan pinggang saya juga sakit. kenapa ya doktor?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Spotting coklat adalah perkara biasa sepanjang haid seseorang, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu lain kerana ovulasi, kehamilan, atau masalah kesihatan yang lain. Walau bagaimanapun, kebarangkalian ia tidak serious.
Kemungkinan penyebab spotting berwarna coklat termasuk berikut:
- haid
- Kerengsaan (irritation) di faraj
- pendarahan ovulasi
- Hypomenorrhea
- Perancang kehamilan
- ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan
- Pendarahan implan
- kehamilan ektopik
- sista ovari
- Keguguran
Untuk mengetahui jika anda hamil atau tidak, anda disarankan untuk membuat urine pregnancy test atau runding dengan doktor.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lanjut untuk penanganan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!