Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang dan sakit blkg
Umur saya 38 tahun, saya pertama kali mengalami sakit belakang. Sakit pinggang belah kiri dan kanan. Sejak semalam sy tidak rasa selesa. Tp saya tahankan shj. Start tgh hari td rasa sakit semakin teruk terutamanya ketika berdiri. Rasa mual juga. Duduk dan baring skit juga tp msih boleh bertahan. Sy telan pcm 2biji dan letak ice pack di kwasan yg sakit.
Tambah pula ada sedikit benjolan kecil di antara ketiak dan dada. Tp yg ni mmg sy selalu alami sbb masih breastfeed ank umur 1thn 5bln. Mgkin susu tersumbat. Sy just cérita takut mgkin ada kena mengena dgn sakit sy.
Tp yg sy khuatirkn skrg back pain ni. Sbb skrg sy mnguruskn anak-anaksy seramai 5 org ntara umur 1.5thn - 9thn. 3 drpdnya sekolah rendah.
Apakamh kemungkinan sakit saya doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, anda mengalami gejala sakit pinggang belakang dan juga beberapa gejala lain. Untuk makluman puan, antara perkara yang boleh menyebabkan sakit tersebut adalah:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























