
ekinapis87
5 tahun
Sakit pinggang di awal kehamilan
Saya berumur 31 tahun dan ini merupakan kandungan kedua saya.kandungan pertama saya gugur.usia kandungan saya sekarang adalah 16minggu.saya bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan.sejak akhir akhir ini,saya mengalami sakit pinggang sehingga ke bahagian kaki kiri.ia memyukarkan pergerakan saya.sata juga baru pulih dari demam.hanya tinggal batuk dan selsema sahaja.adakah batuk yang saya alamu ada kaitan dengan sakit pinggang yang saya alami ini.apakah puncanya dan cara untuk mengatasinya? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Kami memahami kegusaran pihak puan dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan simptom tersebut yang lazimnya dialami wanita mengandung. Antara sebab ialah
- mengandung menyebabkan pertambahan berat badan dan meningkatkan beban yang terpaksa ditanggung pinggang dan kaki
- batuk dan bersin berpanjangan mampu meningkatkan tekanan dalam abdomen terutamanya yang sedang mengandung
- kandungan mampu menekan pada saraf kaki yang menyebabkan puan sakit pada bahagian kaki kir
- demam mampu mebuatkan badan menjadi lemah
Sebelum anda berjumpa pakar perubatan anda boleh mengambil beberapa langkah seperti
- memakai pakaian longgar dan selesa
- mengurangkan pergerakan yang lasak
- mengatasi masalah batuk anda kerana batuk berpanjangan akan meningkatkan tekanan dalam perut
- nutrisi yang mencukupi menerusi pemakanan di samping tablet zat besi dan asid folik
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai tips kehamilan, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.