
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang di bahagian belakang dan merebak ketempat lain
Saya seorang wanita berusia 37 tahun dan belum berkahwin. Kisahnya bermula ketika saya melakukan kerja dr rumah semasa musim pkp ini. Saya terlalu banyak duduk secara berterusan kerana perlu fokus untuk menyudahkan tugasan pada hari itu. Pada malamnya saya mula sakit pinggang di bahagian kanan. Pada keesokkan harinya saya bertolak pagi ke hospital untuk menghantar ibu mengambil ubat tanpa bersarapan. Sy hanya menjamah makanan pertama pada jam dua petang. Selepas dari itu kondisi pinggang saya makin memburuk hingga menyebabkan demam. Sy mula hinag selera makan. Ada kala sy cuma makan empat keping piskut sehari. Ada kalanya sy hanya mkn tiga gigitan roti sahaja sehari. Nafsu makan tertutup tetapi saya tidak merasa lapar langsung. Ada sehari tu saya agak berselera makan 10 biji anggur tetapi tidak lama kemudian muntah hingga mengeluarkan cecair kuning yg pahit. Selepas itu semua yang saya makan menjadi pahit dan saya langsung tidak berselera untuk makan lagi. Cuma boleh minum air sahaja. Adakah sy menghidap penyakit kronik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang kerana posture duduk yang salah
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
- masalah pada struktur wanita
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.