
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang di sebelah kanan hadapan
Saya berusia 23 tahun dan kerap mengalami sakit pinggang disebelah kanan bahagian bawah . Ia menyebabkan saya tidak selesa untuk berdiri tegak mahupun berbaring dan ia jugak membuatkan saya berasa mual dan hilang selera makan .

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian pinggang kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- ligamen terkoyak akibat mengangkat barang berat
- ketegangan otot kerana postur tidak betul
- penyakit berkaitan buah pinggang atau ginjal
- IBS
- penyakit keradangan pelvis
- kolitis ulseratif
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.