
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang dr pinggang sampai peha,bila duduk sakit nk bangun
Saya buat keje kt kebun tiba Saya tunduk buat keje nk berdiri tegak pinggang sakit…dah seminggu dct bg ubat diclofenac sodium,ubat sapu panas,calcium carbonate ,tp masih sakit lg…bila baring…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami sakit pinggang sehingga ke peha dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Sciatica
- Osteoarthritis
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.