
fnazsya
4 tahun
Sakit pinggang hingga ke kaki
saya wanita berusia 27 tahun… saya mengalami sakit pinggang dan kebas hingga ke bawah kaki.boleh tak doktor cadangkan ubat yang boleh sembuhkan sakit saya ni kerana ia menganggu rutin seharian saya dan kerja

6 tahun
Terima kasih atas soalan, puan… Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan puan.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Manakala kekebasan boleh disebabkan oleh:
Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabetesTarsal Tunnel Syndrome
Sindrom terowong Tarsal adalah mampatan saraf tibialis posterior, yang terletak di sepanjang bahagian dalam tumit.Penyakit Arteri Periferal
Penyakit arteri periferal (PAD) adalah suatu keadaan di mana plak terbina di arteri.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.