
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang kanan. Bila ditekan sangat sakit walaupun tidak menganggu rutin harian
Saya seorang wanita yang berumur 30an. Bahagian pinggang saya tidak sakit. Tetapi bila ditekan sangat sakit (besar kemungkinan di bahagian sekitar buah pinggang). Tiada masalah buang air kecil dan besar. Kerap minum air dan Kerap membuang. Pernah buat detail scan di bahagian tersebut (rm300) tetapi negatif.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan terdapat beberapa kemungkinan kepada sakit pinggang sebelah kanan seperti:
- Jangkitan/radang buah pinggang
- Radang apendiks
- Penyakit radang pelvis
- Fibroid
- Kista ovari
- Kehamilan ektopik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.