
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang kerana alahan?
hi sy d sahkan mengandung 5 minggu 3 hari, tiada alahan lain, selain dr sakit pinggang, da 5 hari sakit, tak boleh tunduk, adakah ini normal? thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang ketika kehamilan merupakan salah satu simptom yang biasa dihadapi oleh wanita yang mengandung akibat pembesaran saiz perut dan juga berat badan yang meningkat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk mendapatkan rehat secukupnya, memperbaiki posisi tidur, dan juga mengamalkan pengambilan vitamin D dan kalsium yang secukupnya bagi kekuatan dan kesihatan diri, serta penumbuhbesaran bayi dalam kandungan anda.
Kami harap ini menjawab soalan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.