
harimaubertam
4 tahun
Sakit pinggang ketika mengandung
Saya wanita 20an dan saya mengandung 2 minggu . Saya selalu sakit pinggang . Ubat apa yang perlu saya makan untuk mengurangkan sakit tersebut . Mohon pencerahan doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kepada masalah anda, sakit pinggang merupakan salah satu tanda -tanda kehamilan yang akan dialami oleh sesetengah perempuan hamil. Disebabkan tahap kesakitan anda bertambah ,anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda untuk mendapat ubat yang sesuai. Hal ini kerana, terdapat beberapa ubat yang ada kontraindikasi terhadap ibu hamil.
Selain itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini dengan pihak kami untuk maklumat lanjut dan lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih