
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang kiri dan kebas kaki
Hai dr,sy berumur 27tahun saya bekerja dalam bidang oil n gas, semalam sy ada dapati sakit pinggang dibhgian kanan, pada waktu pagi masa bekerja kemudian setelah habis waktu rehat, sy alami kebas kaki belah kanan juga, dan ianya berlarutan smpai ke pagi ni, pinggang kanan masih sakit dan kekebasan kaki kanan masih sy alami,sakit pinggang kanan ni membuatkn saya sukar untuk bergerak, sukar untuk berdiri, mahupon mengangkat sesuatu barangan daru bawah, ape kah punca nya dr? Dan bagaimana untuk saya mencegah atau merawat sebelum ianya menjadi lg parah?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Chronic back pain
- Saraf terhimpit atau tertekan
- Kencing manis
- Batu pada buah pinggang atau saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.