
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang, lenguh2 dalam masa seminggu seperti senggugut tapi bukan masa untuk period datang lg
Dah seminggu sakit bahagian pinggang, tapi Takde lah sakit yg tak boleh tahan… Cuma sakit tu rasa macam tak selesa…
Kalau sakit senggugut tu kan rasa sakit yang macam lenguh pinggang… Tp skejap saja… Tp sakit betul
Untuk yg ini, sakit tu mcm lenguh pinggang tp dah dekat seminggu… Kenapa ya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
- mahupun gejala awal premenstrual syndrome
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury, dll.)
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.