
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang melebihi 4 hari
Saya berumur 21 tahun . Saya sakit pinggang yang melampau lebih 4 hari pada bahagian kanan and saya jugak sob . Boleh jadi ke saya sakit pinggang yang melampau ni buatkan saya sob

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury, dll.)
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang .
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.