
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang & perut
Saya wanita berusia 33 tahun. Saya sakit di bahagian pinggang kanan & perut (bahagian ari-ari) bermula daripada tengah malam tadi sehingga kini & ianya menyukarkan saya untuk tidur. Sakit sangat, baring pun sakit ynag teramat. Saya tak tahu jika saya perlu mengambil pain killer atau keluar ke klinik/hosp bagi mendapatkan rawatan segera…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda
Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Penyakit batu karang
- Masalah ovari seperti ovarian torsion
- Masalah tulang pelvis
- Penyakit radang pelvis
- Penyakit appendix
- Masalah buah pinggang
Ini adalah secara umum mengenai punca sakit pinggang. Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.