
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang pinggul hingga ke urat kaki dan mengakibatkan sistem pencernaan tidak baik dan sakit perut di bahagian kiri bawah perut
Saya perempuan berumur 22 tahun dah mengalami sakit ni selama 1 minggu. Sakit ini berkurang apabila makan ubat tahan sakit. Saya mengalami sakit pinggang pinggul hingga ke urat kaki yang mana saya tidak boleh melunjur luruskan kaki dan mengakibatkan masalah pencernaan seperti pembuangan air besar dan kecil (tidak lawas) disebabkan ini saya juga mengalami kesakitan pada bawah perut sebelah kiri. Emak saya memberitahu bahawa mungkin sakit ini berpunca daripada salah membuang air besar dan mengakibatkan tulang punggung lari. Tapi saya ingin mendapatkan penjelasan dan cara penyembuhan daripada dr sendiri. Terima kasih dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.