
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang, sakit belakang dan kaki secara tiba-tiba
Kaki saya kadang rasa sakit sangat sampai tak boleh berdiri seperti terseliuh secara tiba- tiba

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang dan belakang. Antaranya adalah:
- Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
- Prolapsed intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
- Scoliosis dan kyphosis tulang
- Kanser tulang belakang
- Osteoporosis (tulang yang lemah)
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
- Penyakit batu karang
- Penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease)
Untuk masalah kaki anda, ia boleh merupakan gejala tambahan daripada penyakit-penyakit yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boelh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor