
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang sangat2 secara tiba2 sebelum buang air juga selepas buang air
Saya berumur 31 tahun…2 3 hari ni saya rasa sakit kt bhgian pinggang sblh kanan…contoh mcm sekarang…rasa nk buang air kecik…dlm pada masa yg sama…sakit tp saya gagahkan jugak ke tandas…dan selepas buang air sakit tu makin sakit yg amat…dan dlm pd masa yg sama…sy sakit perut…sy cuba cangkung tp semakin sakit…sy tahan dan sy cb utk buang air besar…yea…dlm masa yg sama semasa buang air tu…pinggang kanan saya semakin sgt sakit…najis saya cair…sakit masih lagi terasa…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Jangkitan pada saluran kencing
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.