
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan bahagian depan perut
Saya mempunyai seorang adik perempuan. Dia baru berumur 15 tahun. Aktif olahraga dan buat kerja kampung. Dia mengalami sakit di bahagian pinggang sebelah kanan bahagian depan perut.Dia mengalami simptom ini. Dia akan merasakan sakit di bahagian itu ketika menarik nafas, batuk dan bersin. Apa sakitnya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot kawasan pinggang yang terseliuh
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan saluran pencernaan (i.e. appendiks, dll)
- Gangguan organ wanita
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury , dll.)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Untuk sakit yang bertambah apabila menarik nafas, batuk dan bersin, boleh jadi kerana peningkatan tekanan abdomen (yang berlaku) seterusnya memicu sakit tersebut.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang .
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan adik anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar adik anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.