
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan di bahagian bawah pusat
Suami saya berusia 40 tahun. Tadi selepas makan sup ayam kampung, dia kejang perut, & rasa loya nak muntah, muntah sikit. 12 tahun lepas dia warded sebab sakit batu karang, settle lepas batu karang pecah sendiri & keluar melalui air kencing. Saya sapukan minyak angin tapi dia sakit sangat & sekarang otw ke hosp. Suami saya ada diebetes yg memerlukan dia makan ubat sebelum & selepas makan. Boleh saya tahu apa sakit suami saya? Batu karang? Appendix?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit atau kekejangan perut pada sebelah kanan bahagian bawah pusat serta disampingi dengan gejala muntah dan loya yang dihadapi oleh suami anda. Kemungkinan simptom-simptom yang anda perihalkan di atas boleh berkait dengan masalah batu karang dan juga penyakit kencing manis yang dihadapi oleh suami anda ataupun tidak.
Pada pendapat kami, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang suami mungkin tengah hadapi, iaitu:
- Penyakit batu karang yang kembali akibat memakan makanan yang mengandungi kandungan protin atau garam tinggi.
- Masalah buah pinggang yang boleh disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal (Diabetic Nephropathy)
- Masalah penghadaman disebabkan oleh penyakit ketidakbolehan untuk menghadam makanan tertentu.
- Alahan makanan yang boleh menyebabkan keradangan pada usus.
- Masalah tekanan darah tinggi akibat pemakanan. Ini boleh berkait dengan kencing manis
- Jangkitan kuman atau keradangan pada salur buah pinggang.
- Kekejangan otot pada ruangan pelvis atau abdomen.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Kami lebih sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai punca masalah yang dihadapi oleh suami anda. Pastikan suami anda mempunyai tekanan darah yang seimbang dan tahap gula dalam darah terkawal untuk sementara ini sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh beliau.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.