
elnariket
6 tahun
Sakit Pinggang Sebelah Kanan
Saya perempuan yg berusia 18 tahun. sejak akhir akhir ini saya sering mengalami sakit pinggang sebelah kanan. dulu semasa saya berusia 8 tahun saya pernah terjatuh dari van. adakah itu juga mempengaruhi pinggang saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit pinggang belah kanan boleh disebabkan oleh beberapa punca:
- Ketidakhadaman
- Angin Perut
- Senggugut
- Radang Appendix
Jika anda mempunyai simptom seperti demam berpanjangan, mual dan muntah-muntah, sila dapatkan rawatan ke klinik atau hospital berdekatan. Dikhuatiri mungkin ianya berkaitan dengan hal kecemasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!