jessicamaey33
4 tahun
Sakit pinggang semasa hamil 36 minggu
Hello doktor,saya berumur 25 tahun…Dan sekarang hamil 36 minggu…soalan saya,kekadang saya merasakan kejang-kejang di bahagian pinggang sebelah kanan selama beberapa saat…terasa menyengat beberapa saat,lepastu okey lepastu sakit balik…apakah tanda2 sakit itu? Saya kurang pasti doktor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit pinggang dikalangan waita yang sarat mengandung adalah suatu yang kerap terjadi. Anda perlu kurangkan aktiviti berat dan latih diri untuk mempraktikkan postur yang betul khas untuk wanita mengandung.
Jika bertambah teruk atau disertai oleh gejala lain, maka anda perlu terus berjumpa doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.