
faizan1419
5 tahun
Sakit pinggang @sendi@slip disc
Salam Sejahtera. Sy perlukan pendapat dari Dr. Sejak kebelakangan ni, sy kerap mengalami sakit di bhgn pinggang. Sy tidak dapat duduk dlm tempoh ms yg lama, dan sakit apabila tunduk. Dan sekarang, sy perkara ini terjadi lg pd semalam. Sy tak dpt bangun dan sebelah bdn sy sakit hingga ke kaki. Sy kerap mengangkat brg berat, pernah terjatuh dan turut menarik perahu memandangkan sy bekerja di kwsn hutan… Jadi, boleh sy tahu apa masalah kesihatan sy sejak kebelakangam ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot pinggang dan belakang akibat kerja-kerja berat yang anda buat
- Masalah cakera (disc) tulang belakang anda - seperti “slipped disc” kerana anda mempunyai risiko akibat kerja-kerja anda
- Masalah saluran darah periferi - jika anda mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.