Sulit
3 tahun
Sakit pinggang sudah hampir 2 bulan pada usia muda
Assalamualaikum ,saya berumur 19 tahun , waktu saya form 5 saya pernah tergeliat pinggang dan sakit selama seminggu ,tpi sekrng ,sakit pinggang itu datang balik ,pada mulanya saya ingt jika berihat sedikit akan sembut ,tetapi kini sudah hampir 2bulan ianya masih sakit ,pada awalnya ia sakit pada bahagian atas punggung ,tetapi setelah hampir 2 bulan ,sakitnya naik sehinggan ke tengah pinggang
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Buat masa sekarang, anda tidak digalakkan untik melakukan aktiviti berat atau mengangkat barang berat kerana dikhuatiri dapat menyebabkan masalah ini bertambah teruk. Jika masalah ini berlarutan sehingga menganggu rutin harian, sila pergi berjumpa doktor dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.