
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang yang berlanjutan
Saya wanita berumur 28 tahun. Berat badan saya 75kg tinggi 160cm. Pekerjaan saya memerlukan saya untuk travel sejauh 80km dengan keadaaan jalan yang teruk iaitu berlubang dan tidak rata kerana saya bekerja di pedalaman sarawak. Sejak tahun lepas (2019) saya sudah mula rasa sakit di bahagian belakang pinggang saya hingga ke punggung dan belakang badan bahagian kanan terutamanya selepas saya memandu pergi/balik kerja tetapi sakit tersebut hilang apabila saya baring dan berehat. Saya juga terpaksa membeli bantal tambahan untuk diletakkan di seat kereta saya untuk membantu mengurangkan kesakitan ketika memandu. Namun begitu, sejak awal tahun ini saya dapati sakit pinggang saya makin teruk dan penggunaan bantal tambahan di seat kereta tak lagi membantu mengurangkan kesakitan semasa memandu.Tetapi sakit tersebut masih dapat hilang selepas saya luruskan pinggang, baring dan berehat. Sejak 2 bulan lalu pula saya dapati sakit pinggang saya tidak lagi terjadi apabila memandu sahaja. Apabila saya duduk lama juga saya akan rasa sakit pedih di belakang pinggang hingga punggung. Kadang kala apabila saya membongkok kurang dari 45 darjah juga saya akan rasa sakit dan perlu mengambil masa sedikit untuk meluruskan badan untuk berdiri tegak semula. Tidak dapat terus berjalan akibat sakit tersebut jadi saya perlu berdiri dan ambil masa supaya sakit itu betul-betul hilang baru saya dapat berjalan. Kesakitan ini sangat mengganggu kerja dan kehidupan saya. Adakah berurut boleh menghilangkan masalah saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Slipped disc
- Sciatica, iaitu masalah pada saraf tunjang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.