aera1210
6 tahun
Sakit pinggang yang kerap
Saya berumur 36thn. Bersalin cesarean 3anak. Lately kerap sangat sakit sehingga xboleh rukuk dgn betul masa solat… Duduk lama pun xboleh. Bila baring lama baru ok. Bila sapu krim panas reda sikit. Kdg2 sakit tu lebih sikit kpd sebelah kanan. Walaupun dh urut dgn myk panas… Sakit tu akn datang balik bila terlalu penat. Just nk tanya doktor adakah ini tanda penyakit serius.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





























