
nuraisyahmahjub
5 tahun
Sakit pinggang yg lama
Salam doktor
Saya pelajar perempuan berusia 18 tahun
Sejak dua minggu lalu saya mengalami sakit pinggang yang teramat sgt sehingga menyukarkan saya utk berdiri tegak . Walaupun duduk sakit itu tetap ada. Semakin lama , sakit itu menjalar shingga menyebabkan kaki saya turut sakit. Kaki saya mulai kebas dan sakit sehingga menyukarkan saya bergerak terutamanya ketika dalam sejuk. Mohon pencerahan doktor terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis - sel lapisan rahim tumbuh di tempat lain dan menyebabkan keradangan
- Fibroid dalam rahim - fibroid boleh berdarah dan membesar sehingga menekan pundi kencing
- Akibat batu karang di buah pinggang
- Sindrom menstruasi
- Masalah ovari seperti ovari terbelit
- Lower back pain akibat masalah tulang dan saraf yang timbul akibat jatuh dan sebagainya
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi pergerakan seharian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini melalui doktor pakar di hospital. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.