
Sulit
4 tahun
Sakit Pinggul Di Bahagian Depan,Kiri dan Kanan
Assalamuailaikum/Selamat Sejahtera Dr.Saya berumur 14 tahun.Sejak saya berumur 11 tahun saya mempunyai kesakitan di pinggul di bahagian depan,kiri dan kanan.Selalunya sakit ini terjadi apabila saya berjalan laju sikit atau lari sekejap dalam 1 minit atau kurang 1 minit.Ianya akan terjadi sakit bermula dari bahagian kiri ke depan ke kanan.Satu masa ada dalam 2 hari ketika saya tengah duduk makan,saya merasai sakit yang amat sampai susah nak bangun dari duduk.Saya ingin bertanya,adakah ini sakit yang serius,penyakit atau apa-apa tanda yang saya tidak tahu.Boleh Dr jelaskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit pinggul yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia nucleus pulposus (HNP) - apabila bantalan tulang belakang terkeluar sehingga menekan saraf dan menimbulkan kesakitan
- Sciatic nerve pain - keradangan saraf sciatic
- Spondilolisthesis - apabila salah satu tulang belakang bergerak ke depan
- Spondilytis - sejenis keradangan tulang belakang
Sebetulnya, diagnosis kesemua masalah yang disenaraikan diatas memerlukan pemeriksaan lanjut. Malah, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.