
Sulit
4 tahun
Sakit pinggul kanan bila bersila lama
Hi, saya berumur 48 thn…terasa sakit & lenguh pada bahagian paha pinggul sebelah kanan bila bersila lama, tapi tiada masalah bila bersimpuh(seperti duduk tahiyyat akhir)…apakah kemungkinan puncanya…?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- gangguan muskuloskeletal (i.e. sprained muscle)
- gangguan rematik (i.e. rheumatoid arthritis)
- komplikasi berat badan yang tinggi
- gangguan vaskular & saraf
- dan lain-lain
Disamping itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / kekentalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.