Sulit
6 tahun
Sakit prut sblah knan bhgian bawah
Sy wanita umo 34 thn, sy krap sakit prut smpai ke pinggang nk jalan sakit, dduk sakit, baring pn sakit sgt. Sy dh cek klinik tp di ckap sy gastrik lh dh mkn ubt pn dh kurang mkn pdas tp sma, lpas tuh sy cek lg di ckap batu karang so sy mkn ubat smpai hbs. Lpas mkn ubat btu krg di ckap akn kluar bji2 tp tiada pn. Skrg msh sakit sma, tak tahan sakitny… Nk dduk, dduk lma, jln, dri lma dgn baring lma tk blh sakit… Tp bila ke klinik dia org dh cek tp tiada tindakn lanjut. mcm mna ya dokte, blh tau tak agk2 sy sakit ape?? tksih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Merujuk kepada ubatan yang telah anda ambil, mungkin apa kurang efektif untuk anda. Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























