
muhdamirulasri96
4 tahun
Sakit punggung , nak berak tapi tak boleh berak
Hi doctor, dalam bulan puasa ni saya ada masalah , sakit punggung macam nak buang air besar. Tapi bila pergi toilet, tak keluar apa apa pun, saya tak boleh tidur malam, dah lebih kurang 2minggu. Benda ni jadi waktu malam. Siang saya ok je. Bila malam susah nak tidur sebab selalu pergi tandas tapi bila nak buang air besar, tak keluar pun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kurang mengambil makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan
- Dehidrasi
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome
- Masalah penghadaman
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia berpunca daripada perkara yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.