
Anonymous
5 tahun
Sakit rusuk kanan akibat batuk
Saya 43 tahun…batuk saya sudah agak lama rasanya sudah 3 bulan sudah buat pemeriksaan kahak result tiada TB. Sekarang masih batuk tp jarang2 tapi apabila tetiba batuk kerongkong gatal sgt batuk tak henti2 olehnya. Semlm tulang rusuk kanan sya sakit sangat kenape yea doktor. Bantulah sya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru
- Asma
- Resdung (Allergic Rhinitis)
- COPD
- Penyakit tibi
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tulang rusuk kanan itu mungkin boleh disebabkan oleh dari masalah batuk yang berpanjangan itu sendiri atau ia mungkin juga disebabkan oleh penyakit lain. Ini seperti:
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan.
- Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.