ciktihah692
6 tahun
Sakit rusuk Kiri apabila tarik Nafas Dan membongkok
Saya wanita 22 tahun, menghidap spinal befida Kini Sudah berkhawin Dan Dikurniakan seorang Anak lelaki, Anak Sudah berusia 5 Bulan .masalah saya Sekarang, Sejak akhir2 ini… Saya sering Cirit birit Walaupun hnya makan Nasi putih atau bubur, masalah ini berlarutan selama 2 Minggu Lepas sehingga kini . 2/3 klinik Sudah Pergi mereka tidak periksa dngn teliti hnya beri ubat Dan dengar penceritaan saya sahaja.adakah penyakit yang saya hadapi Ada kena mengena dengan spinal befida. JIKA tidak apa penyakit yang saya hadapi , Agak sukar bagi saya untuk menjalankan aktiviti Harian Kerana sering kebocoran Dan sering cuti kerja
Sekian Terima Kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab yang boleh mencetuskan gejala ini adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan seperti rotavirus
- Alahan kepada sesetengah makanan
- Radang usus
Namun yang demikian, boleh juga masalah anda ini disebabkan oleh kesan jangka panjang spina bifida yang mana masalah sembelit mengakibatkan cecair yang keluar sewaktu membuang air besar dan disalah ertikan sebagai cirit birit.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar di hospital bagi berbincang lanjut mengenai perihal ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























