
Sulit
5 tahun
Sakit rusuk kiri Bila tarik nafas
Sy wanita berumur 21 tahun . Saya alami masalah sakit bila tarik nafas di rusuk kiri , dan dada sy sakit seperti rasa lebam. Dan kini rusuk kira sy kerap berdenyut2 sakit… apakah punca dan masalah nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tulang rawan (Chotocondritis)
- penumonia (lebih-lebih lagi jika anda sesak nafas, demam)
- trauma
- GERD
- masalah otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.