
Sulit
4 tahun
Sakit seakan lebam dikepala
saya wanita berumur 22 tahun. saya mengalami sakit seperti lebam dikepala bahagian belakang telinga kanan. saya tidak mengalami simptom seperti demam dan sebagainya dan kemungkinan kesan dari jadual study yang lain dari sewajarnya. rutin belajar saya bermula pada waktu tengah hari hingga ke lewat petang dan saya teruskan urusan ulangkaji pembuatan nota dan assignment di belah malam. waktu tidur saya hanay beberapa jam selepas subuh. makan berat sekali atau dua kali sahaja.
masalah yang saya hadapi adalah kepala bahagian belakang telinga kanan saya terasa seperti sakit lebam dan saya telah mengalaminya hampir 5 hari. saya merasa kurang perlu untuk merujuk ke hospital mahupun klinik selain faktor kesibukan belajar.
soalan saya adakah saya perlu rujuk ke hospital dan adakah perkara ini sesuatu yang serius? sebab saya ada rasa bersalah atau takut sekiranya saya merujuk pada doktor di hospital perkara ini adalah biasa atau normal tak perlu sampai nak jumpa doktor.
sekian terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang sakit seakan lebam di kepala. Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
- Terjatuh tiba-tiba
- Kehilangan keseimbangan tubuh
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami. Saya juga berharap anda akan mematuhi rawatan migrain dan pemaikaian kaca mata mengikut ketetapan sekiranya telah - atau yang akan - ditetapkan oleh doktor dan optemetris anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.