
junegmork
5 tahun
Sakit sebelah bahagian bahu ke tengkuk kiri
Sye wanita berumur 37…tiada sebarang madalah kesihatan.cuma kebelakangan ini selalu mengalami sakit bahu hingga ke tengkuk bahagian kiri.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, sakit dan lenguh pada bahagian tengkuk dan bahu biasanya seringkali disebabkan oleh postur tubuh yang tidak betul ketika duduk, berdiri, membongkok, mengangkat barang, tidur dan sebagainya. Tabiat postur tubuh yang tidak betul ini semakin lama boleh menyebabkan kerosakan pada stuktur tubuh sekaligus menyebabkan sakit dan lenguh.
Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk meperbetulkan postur tubuh dalam aktiviti seharian anda, selain itu anda juga disarankan untuk selalu bersenam bagi menguatkan otot dan tulang anda. Sekiranya perubahan gaya hidup tidak berhasil, anda boleh merujuk kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.