araferrafarah
6 tahun
Sakit sebelah kiri tubuh
Saya wanita berusia 26 tahun,belum berkahwin dan sy di sahkan mempunyai Cyst lebih kurang 3cm. Tetapi, sy tidak lagi membuat pembedahan kerana ianya kecil atas nasihat doc pakar.
Masalah yang timbul sekarang…sejak 4/5 hari ni sy sakit di bahagian tangan,bahu,kaki, rusuk hingga perut KIRI & tidak bole menarik nafas dengan kuat seolah-olah kejang sebelah kiri tubuh.
Apabila sy dapatkan rawatan, sy diberikan suntikan dan beransur kurang. Tetapi…timbul lebam² yg menyakitkan di bahagian antara peha & betis kiri dan terasa urat menegang.
Adakah ini berpunca dr suntikan yg sy terima atau berpunca dr Cyst???
Rawatan apa yang perlu saya dapatkan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,antara punca berlakunya gejala yang anda alami adalah:
- stres
- dehidrasi
- kekurangan tidur
- jangkitan kuman
- masalah anemia (kurang darah merah)
- kekurangan vitamin D
- masalah saraf
Sekiranya masalah yang anda alami masih berterusan,sila rujuk ke klinik dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































