
Sulit
4 tahun
Sakit sebelum period Dan menyebabkan gestrik
Saya wanita berumur 29 tahun. Baru sahaja berkahwin pada FEBRUARI. Pada bulan lepas, Perut Saya dibahagian abdomen Bawah terasa sakit teramat sehingga menyebabkan gestrik. Pinggang Kiri Dan Kanan terasa tertusuk. Kejadian ini berlaku seminggu sebelum period.saya membuat pemeriksaan scan dengan klinik mendapati keadaan semuanya normal, hanya air kencing Kotor. Saya consume ubat yang (Dr.) bagi. Pada bulan April, selepas bersetubuh Saya kembali sakit dibahagian abdomen sehingga menarik pinggang Kiri Dan Kanan tapi lebih kepada Kiri. Membuatkan Saya gestrik sehingga memuntahkan semula makanan yang belum dicerna dan dubur terasa sakit seperti buasir sedangkan Saya tidak Ada buasir. Untuk makluman Dr., Perut Saya akan terasa kembung selepas makan da terasa padat apabila Saya makan sedangkan kuantiti makanan Saya agak berkurangan dari sebelumnya. Kejadian ini pun berlaku seminggu sebelum period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pada bawah perut yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada usus
Untuk mengetahui penyebab sebenar gejala yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya sakit anda masih lagi berlarutan, sila ke klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar dan mendapatkan rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih