Anonymous
6 tahun
Sakit selepas kencing
Selepas kencing rasa sakit hujung pangkal sangat pedih.kencing lancar tapi nak kencing lagi…pesakit lelaki wargaemas sudah 5 hari…sudah minum ural
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Apabila anda menyatakan sudah minum ural? Adakah anda sedang dirawatuntuk masalah jangkitan saluran kencing? Ini kerana gejala yang anda hadapi adalah disebabkan oleh jangkitan tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































