
Sulit
4 tahun
Sakit selepas pembedahan appendiks
salam sejahtera, saya perempuan berusia 19 tahun. telah menjalani operation appendiks lebih kurang 2 minggu lepas. selepas 4 hari operation, bahagian luka membengkak kehijauan, kini setelah 2 minggu ianya mula bernanah, walaupun bengkak sudah surut tapi saya dapat rasa ketulan keras di bahagian sebelah kanan luka operation saya. ketulan itu sakit apabila ditekan. dan sekarang saya sapu krim pada bahagian luka tersebut namun terasa pedih dan gatal.
soalan saya:
adakah menyapu krim di bahagian luka diperbolehkan dan
adakah luka saya membengkak di bahagian dalam
dan apakah yang perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, apabila luka anda membengkak dan mengeluarkan nanah, ini bermakna anda telah mendapat jangkitan di bahagian jangkitan anda. Anda sepatutnya melawat hospital untuk memeriksa luka pembedahan anda dan melakukan pembersihan luka. Saya sarankan anda berbuat demikian dengan segera supaya proses pemulihan luka pembedahan anda tidak terganggu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.