
Sulit
3 tahun
Sakit selepas pembedahan ectopic
sy wanita brumur 20’an.sy pernah menjalani pembedahan ectopic pada tahun 2019 dan telah buang sebelah follopian tiub belah kiri…kebelakangan ini sy sering sakit belah kiri adakah disebabkan pembedahan ini ? Perlukah sy risau ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kesakitan pada sebelah kiri. Anda juga memaklumkan bahawa anda pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan fallopian tiub sebelah kiri kerana kehamilan ektopik. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai gejala sakit anda untuk menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda. Ini kerana, gejala sakit pada sebelah kiri boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti masalah pada buah pinggang, kekejangan otot, masalah sistem penghadaman makanan, masalah pada usus, ataupun masalah pada sistem reproduktif. Memandangkan anda telah menjalankan pembedahan 2 tahun lalu, kemungkinan ia menyebabkan masalah anda sekarang adalah dikhuatiri.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor sekiranya gejala anda masih berterusan. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.