Anonymous
6 tahun
Sakit seluruh badan, loya dan sakit perut
Anak lelaki saya berusia 11 tahun 6 bulan(60 kg).sejak 2 hari lepas dia mengalami sakit seluruh badan , rasa mual dan sakit perut. Selepas beri dia makan 2 biji panadol, badan masih sakit.tadi saya bawa dia berjumpa doktor di klinik swasta.doktor kata dia kena food poisoning.tapi dia tidak muntah dan tidak cirit .doktor hanya bg colimix dan ubat tahan tamuntah…sekarang,dia masih complaint badan…macamana doktor? Adakah dia perlu makan probiotics?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti adakah sakit badan tersebut menanggu aktiviti seharian anak anda?, adakah simptom lain? dan sebagainya bagi lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sekiranya anda bercadang untuk memberikan probiotics adalah amat disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























