Sulit
5 tahun
Sakit seluruh perut dan ulu hati
Saya berumur 18 tahun mngalami sakit perut selama 1 bulan setengah apabila selepas makan perut saya rasa sakit dan ulu hati rasa terbakar dan mengalami sembelit. Perut saya sentiasa rasa kembung biar tidak makan. Saya sudah makan ubat antacid tapi tidk pandai baik
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah utama yang anda hadapi ialah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























