
Sulit
4 tahun
Sakit semasa kencing ketika period
hi doktor. selepas bersalin 3tahun yang lepas saya ada mengambil pil perancang.selepas setahun saya berhenti ambil kerana merancang sendiri.semuanya berjalan lancar kecuali ketika waktu saya hampir period,kemaluan saya sakit semasa membuang air kecil.sakit semasa kencing akan bermula 3hari sebelum period dan akan stop masa hari kedua period. perlu ke saya risau akan benda ni? sebab hanya berasa sakit apabila saya nak datang period sahaja. payudara jgk akan berasa sakit. saya berasakan ini side effect selepas berhenti mengambil perancang kerana sebelum bersalin saya tidak pernah ada masalah seperti ini.jadi perlu ke saya cek doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan walaupun soalan anda berunsur peribadi dan sensitif. Kami amat menghargai anda percayakan kami dan kami akan sedaya upaya menjawab soalan anda dengan maklumat yang tepat.
Antara kondisi yang boleh menyebabkan kencing sakit adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Yang sebaiknya anda lakukan adalah mendapatkan rujukan doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai, ujian yang terkait serta rawatan yang tepat.
Kami memahami anda mengambil pil perancang dan anda berasa adakah ini kesan sampingan ubat itu sehingga buah dada anda sakit juga. Kami tidak boleh membuat apa apa kesimpulan berdasarkan maklumat yang terhad daripada anda. Anda disarankan untuk berhenti mengambil pil itu buat sementara waktu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.