
Sulit
3 tahun
Sakit semasa kencing Selepas seks
Saya 38thn rasa Sakit semasa Kencing saharikenn Selepas melakukan Seks…kerap menjadi… Check dgn doctor kata Kencing kotor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ubat dan rawatan hanya akan diberikan setelah pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap anda.
Sila bertemu dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Kencing berdarah atau bercampur nanah
- Air kencing berbau busuk
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Kencing tidak lawas
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.