
Sulit
5 tahun
Sakit semasa membuang air kecil Dan sakit pinggang yg teramat hingga ke perut
Hi doctor. Saya wanita berusia 26thn mpunyai 2org ank Dan tidak bkerja… Sya mengalami sakit semasa membuang air kecil masuk hari ke5… 2hari sebelum sakit ini, sya ingt kn sya period walaupun darah sya seperti keputihan tetapi bear a hitam atau coklet… Skrg keputihan yg saya anggap darah period itu masih ada… Tapi sakit semasa membuang air kecil masih terasa sakit… 5hari yg lepas air kecil sya cuma kluar sedikit, skrg agak bnyk sbab sya minum air 10gelas sehari… Sakit pinggang menyerang hingga ke perut mbuat sya tidak selesa mbuat kerja rumah… Apa ah sakit sya bkaitan dgn buah pinggang? Apakah ubat yg perlu saya ambil? Kerana pada mulanya sya mengambil ural 4paket sehari selepas sya rasa kan saya mgalami kencing kotor… Tapi sakit masih terasa hingga sekarang … Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan olehi:
- Jangkitan saluran kencing, jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang terbatas (Inkontinens limpahan) . Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu karang, atau tumor saluran kencing yang menyekat saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Terima kasih.